Seorang kanak-kanak 12 tahun di Yunnan, China menerima denda yang telah menjadi bualan netizen di negara itu.
Menurut South Morning China Post, lelaki itu iaitu ayah kepada kanak-kanak itu marah dengan tindakannya mencuri sejumlah wang dalam 100 Yuan atau RM63.00 selain dari dikatakan kanak-kanak itu telah lari dari sesi persekolahan.
Dalam keadaan yang sejuk, orang ramai yang berada di tempat itu kasihan melihat keadaan kanak-kanak itu yang sedang menggigil kesejukan, sedang terikat, badan diliputi oleh luka, serta dibogelkan.
Lantas dia telah ditegur oleh warga yang prihatin agar memperlakukan sedemikian kerana itu adalah anaknya sendiri.
Apa yang diakui oleh lelaki tersebut sungguh mengejutkan kerana dia telah berulang kali memberikan denda sedemikian kepada anaknya sekiranya melakukan kesalahan.
Pada mulanya lelaki terbabit enggan untuk melepaskan anaknya namun setelah didesak akhirnya dia mula membuka jaketnya lalu diberi kepada kanak-kanak itu dan mereka pun beredar untuk pulang.
Silahkan Lihat Videonya Di bawah:
loading...