Di Aceh Indonesia pada masa dahulu seorang wanita berbangsa cina Nian Nio Lian Khie sebelum menukar namanya menjadi Putroe Neng setelah memeluk Islam kerana berkahwin dengan Sultan Meurah Johan.
Dia bukannya seorang wanita biasa kerana dia adalah seorang jeneral dari Tiongkok yang telah tewas dalam peperangan dengan pasukan yang dipimpin oleh Sultan Meurah Johan.
Pada malam pertama mereka, Sultan Meurah Johan telah terbunuh di atas ranjang dengan kesan membiru pada badannya yang disebabkan oleh racun yang ditanam di kemaluannya oleh nenek Putroe Neng.
Racun pembunuh itu sebenarnya diletakkan oleh neneknya untuk tujuan melindunginya dari pemerkosaan ketika di medan perang.
Sejak kematian suami pertamanya, dia berkahwin lagi dengan 98 lelaki yang mana kesemuanya turut tewas di atas ranjang oleh Putroe Neng pada malam pertama mereka.
Sehinggalah satu masa seorang lelaki bernama Syeikh Syiah Hudam menikahinya sekaligus menjadi suaminya yang ke 100 telah berjaya mengeluarkan racun dari kemaluannya tanpa disedari dan menjadikan malam pertama mereka selamat untuk dinikmati.
Sejarah tentang Putroe Neng ini diadaptasi dari novel karya Ayi Jufridar berjudul “Tatkala Malam Pertama Menjadi Malam Terakhir Bagi 99 Lelaki”, mengungkap kisah 100 lelaki yang pernah menjadi suaminya.
Silahkan Lihat Videonya Di bawah:
loading...